[ PANDUAN UPLOAD ]
Ingat: TikTok akan proses semula semua video yang dimuat naik. Kualiti akhir bergantung pada TikTok.
- Edit video siap-siap dalam CapCut / VN / Edits. Teks, filter dan muzik semua buat kat sana — jangan tambah dalam TikTok.
- Klik butang di bawah untuk buka laman muat naik TikTok.
- Log masuk ke akaun TikTok awak.
- Klik "Select video" dan pilih video yang baru diproses dan dimuat turun tadi. Jangan tersalah pilih video asal.
- Hidupkan "Upload HD" kalau ada. Kalau tak ada, tak apa — teruskan saja. Ia bergantung pada akaun awak.
- Post video sebagai Private dulu. Tunggu dalam 30 ke 60 saat, lepas tu tengok kualitinya. Kalau dah puas hati, baru tukar ke Public.
- Tunggu TikTok habis proses video tu. Mula-mula memang nampak pecah — jangan panik, jangan padam dan jangan Post semula. Tengok semula lepas beberapa minit.
Kalau muat naik gagal atau draft tersimpan: padam draft tu, pastikan video dah ada dalam telefon awak (bukan dalam cloud saja), lepas tu cuba semula.
BUKA TIKTOK.COM/UPLOADCARA BAHARU MENIKMATI VIDEO
VIDEO.
LEBIH
KEMAS.
Sediakan video awak untuk TikTok HD dan perkongsian media sosial — diproses 100% terus dalam pelayar pada peranti awak.
PROSES & MUAT TURUN TERUS.
Pilih mod TikTok HD atau Status HD, muat naik video awak, dan muat turun hasil HD terus dari website ini tanpa memerlukan sebarang bot.
Nota: semua proses berjalan 100% dalam pelayar awak — pilih video, proses dan terus muat turun.
Baru pertama kali? Tonton tutorial panduan HD.
AKSES PERCUMA · TANPA HAD
Seret & letak video di sini
atau klik untuk pilih fail · MP4 / MOV · maksimum 300MB
LIHAT BEZANYA.
Seret slider untuk melihat simulasi perbandingan visual yang menggunakan klip sama.
Simulasi visual daripada klip yang sama — bukan jaminan penambahbaikan kualiti untuk setiap video.
CARA GUNA.
Langkah ringkas untuk mula. Panduan lengkap boleh dibuka apabila diperlukan.
-
01
Pilih video
Seret video MP4/MOV ke kotak upload. Lagi tinggi kualiti asal, lagi tajam hasilnya.
-
02
Proses dalam browser
Tool akan memilih kaedah pemprosesan yang sesuai untuk video awak. Proses dibuat pada peranti sendiri.
-
03
Muat turun & upload
Muat turun video yang siap. Kualiti selepas upload masih bergantung pada platform.
Cara Upload Supaya Video Tak Pecah
01 / Panduan TikTok HD VIDEO TUTORIAL
Tonton cara proses video di SharedowEncode hingga upload ke TikTok Studio. Langkah bertulis juga tersedia di bawah video.
- Jangan ubah fail. Elakkan menghantar video melalui aplikasi lain sebelum diproses kerana setiap pemampatan tambahan boleh mengurangkan kualiti.
- Guna komputer jika sesuai. Buka laman upload TikTok di pelayar komputer seperti Microsoft Edge, Google Chrome atau Safari: tiktok.com/upload. Upload melalui web kurang di-compress berbanding app telefon.
- Log masuk akaun TikTok awak, kemudian pilih fail video yang dimuat turun dari SharedowEncode.
- Hidupkan pilihan upload HD atau kualiti tinggi jika ada.
- Jangan guna editor TikTok. Selesaikan suntingan terlebih dahulu dalam CapCut / VN / Edits. Suntingan tambahan selepas dimuat naik boleh menyebabkan video diproses semula.
- Set tetapan privasi yang sesuai dan Post video. Periksa hasilnya selepas TikTok selesai memproses.
Kalau terpaksa guna telefon, hidupkan "Upload HD" / "Allow high-quality uploads" dalam skrin post TikTok, dan matikan Data Saver.
Nota HDR: Rakam dengan HDR/Dolby Vision dari kamera = okay. Tapi jangan ON HDR masa export dalam VN/CapCut kalau video asal bukan HDR — boleh buat warna jadi pelik.
02 / Panduan Rakaman & Export
Ikut langkah ini supaya video awak kekal tajam dan berkualiti tinggi.
- Rakam — 4K / 60fps. Gunakan aplikasi kamera biasa dan pilih resolusi serta kadar bingkai yang sesuai dengan peranti.
- Edit — CapCut / VN / Edits. Siapkan muzik, warna dan suntingan sepenuhnya dalam aplikasi suntingan video.
- Eksport — 1080p / 60fps / 10–15 Mbps. Eksport sebagai 1080p dan pastikan saiz fail di bawah 300MB.
- Proses di SharedowEncode. Muat naik fail ke kotak di atas, pilih resolusi/FPS pilihan awak, dan muat turun hasil HD.
Nota HDR: Paparan HDR bergantung pada peranti penonton. Jika ramai penonton menggunakan Android, SDR biasanya lebih serasi. Jangan hidupkan HDR semasa eksport jika video asal bukan HDR.
iPhone vs Android
iPhone: HDR boleh digunakan jika disokong, tetapi SDR lebih serasi. Pilih tetapan eksport yang sesuai.
Android: SDR biasanya lebih serasi. Gunakan 1080p 60fps jika peranti awak lebih stabil dengan tetapan itu.
Dua-dua: Spec paling selamat — 1080p, SDR, 60fps.
CERITA PENGGUNA.
Baca pengalaman yang diluluskan dan kongsi ulasan awak.
Belum ada ulasan. Jadilah orang pertama yang berkongsi pengalaman.
KONGSI PENGALAMAN AWAK
Ulasan disemak dahulu sebelum dipaparkan.
SOALAN LAZIM.
Jawapan penting sebelum awak mula menggunakan servis.
Video saya diupload ke server ke?
Tidak. Semua proses berlaku dalam browser peranti awak. Fail tidak pernah meninggalkan telefon/komputer awak.
Adakah servis ini memerlukan bayaran bulanan?
Tidak. SharedowEncode adalah percuma sepenuhnya tanpa sebarang bayaran bulanan atau had percubaan.
Kenapa video saya masih nampak pecah?
Kualiti output bergantung pada kualiti input. Kalau video asal dah pecah / bitrate rendah, hasilnya terhad. Guna video asal yang paling berkualiti dan ikut panduan upload.
Saiz fail maksimum?
Maksimum 300MB untuk pemprosesan terus dalam pelayar.
Format apa disokong?
MP4 disokong penuh. MOV dicuba sebaik mungkin, tapi fungsi patch dioptimumkan untuk MP4.
Video HDR saya akan jadi apa?
Sistem akan mengekalkan HDR asal jika laluan pemprosesannya menyokongnya. Untuk tontonan Android yang lebih luas, SDR biasanya lebih serasi.