[ PANDUAN UPLOAD ]
Ingat: TikTok akan proses semula semua video yang dimuat naik. Kualiti akhir bergantung pada TikTok.
- Edit video siap-siap dalam CapCut / VN / Edits. Teks, filter dan muzik semua buat kat sana — jangan tambah dalam TikTok.
- Klik butang di bawah untuk buka laman muat naik TikTok.
- Log masuk ke akaun TikTok awak.
- Klik "Select video" dan pilih video yang baru diproses dan dimuat turun tadi. Jangan tersalah pilih video asal.
- Hidupkan "Upload HD" kalau ada. Kalau tak ada, tak apa — teruskan saja. Ia bergantung pada akaun awak.
- Post video sebagai Private dulu. Tunggu dalam 30 ke 60 saat, lepas tu tengok kualitinya. Kalau dah puas hati, baru tukar ke Public.
- Tunggu TikTok habis proses video tu. Mula-mula memang nampak pecah — jangan panik, jangan padam dan jangan Post semula. Tengok semula lepas beberapa minit.
Kalau muat naik gagal atau draft tersimpan: padam draft tu, pastikan video dah ada dalam telefon awak (bukan dalam cloud saja), lepas tu cuba semula.
BUKA TIKTOK.COM/UPLOADCARA BAHARU MENIKMATI VIDEO
VIDEO.
LEBIH
KEMAS.
Dua cara untuk sediakan video awak. TikTok HD proses terus dalam pelayar; Bot WhatsApp sediakan fail untuk Status.
DUA SERVIS. SATU PILIHAN.
TikTok HD untuk proses video sendiri, atau bot WhatsApp untuk Status HD. Pilih cara yang paling sesuai dengan awak.
Nota: hasil akhir bergantung pada video asal, peranti dan cara platform memproses semula video.
Baru pertama kali? Tonton tutorial TikTok HD.
AKSES PERCUMA · TANPA HAD
Seret & letak video di sini
atau klik untuk pilih fail · MP4 / MOV · maksimum 300MB
BOT WHATSAPP. MUDAH.
Hantar video sebagai Document. Bot akan proses dan pulangkan fail untuk Status.
Hantar video sebagai document ke bot WhatsApp — bot pulangkan versi HD yang siap untuk WhatsApp Status. Tak perlu install apa-apa.
- Taip "Hi", ikut arahan bot
- Hantar video sebagai document (maks 150MB)
- Terima video HD, forward ke Status
Upload di Sini
Upload video (maks 150MB) — dapat kod claim, hantar kod tu ke bot untuk terima video HD.
Awak guna telefon apa?
Seret & letak video di sini
atau klik untuk pilih fail · MP4 / MOV · maks 150MB
Nota kualiti: Video 4K akan compress ke 1080p kalau file lebih 150MB (bot WhatsApp). Video source low quality (contoh YouTube rip) tak boleh jadi HD. WhatsApp Status akan compress sikit walaupun forward. Hasil Android vs iPhone mungkin berbeza sikit.
LIHAT BEZANYA.
Seret slider untuk melihat simulasi perbandingan visual yang menggunakan klip sama.
Simulasi visual daripada klip yang sama — bukan jaminan penambahbaikan kualiti untuk setiap video.
CARA GUNA.
Langkah ringkas untuk mula. Panduan lengkap boleh dibuka apabila diperlukan.
-
01
Pilih video
Seret video MP4/MOV ke kotak upload. Lagi tinggi kualiti asal, lagi tajam hasilnya.
-
02
Proses dalam browser
Tool akan memilih kaedah pemprosesan yang sesuai untuk video awak. Proses dibuat pada peranti sendiri.
-
03
Muat turun & upload
Muat turun video yang siap. Kualiti selepas upload masih bergantung pada platform.
Cara Upload Supaya Video Tak Pecah
01 / Panduan TikTok HD VIDEO TUTORIAL
Tonton cara proses video di SharedowEncode hingga upload ke TikTok Studio. Langkah bertulis juga tersedia di bawah video.
- Jangan ubah fail. Jangan edit, potong, atau hantar video melalui WhatsApp/Telegram dahulu. Setiap kali fail diproses semula, kualiti jatuh.
- Guna komputer. Buka laman upload TikTok di pelayar komputer seperti Microsoft Edge, Google Chrome atau Safari: tiktok.com/upload. Upload melalui web kurang di-compress berbanding app telefon.
- Log masuk akaun TikTok awak, kemudian pilih fail video yang dimuat turun dari SharedowEncode.
- Hidupkan pilihan upload HD atau kualiti tinggi jika ada.
- Jangan guna editor TikTok. Tambah teks, filter, muzik atau potong video dalam TikTok akan buat TikTok encode semula. Edit video siap-siap dalam CapCut / VN / Edits dulu — rakam dalam app TikTok pun elakkan, rakam guna kamera biasa.
- Set "Who can watch" ke Private dulu, tulis kapsyen, dan tekan Post. Lepas 30–60 saat, tukar ke Public dalam aplikasi TikTok.
Kalau terpaksa guna telefon, hidupkan "Upload HD" / "Allow high-quality uploads" dalam skrin post TikTok, dan matikan Data Saver.
Nota HDR: Rakam dengan HDR/Dolby Vision dari kamera = okay. Tapi jangan ON HDR masa export dalam VN/CapCut kalau video asal bukan HDR — boleh buat warna jadi pelik (terutama scene gelap atau banyak shadow).
02 / Panduan WhatsApp Bot
- First time guna bot, bot akan tanya awak guna Android ke iPhone — jawab A untuk Android, I untuk iPhone. Bot ingat jawapan awak.
- Hantar video/gambar sebagai DOCUMENT (file), bukan sebagai video/image biasa. Gambar HEIC dari iPhone pun boleh.
- Bot akan kekalkan HDR video awak apa adanya — tiada convert. Untuk penonton Android, lebih selamat rakam SDR atau export sebagai SDR.
- Video lebih 90 saat akan auto-split jadi bahagian 90 saat — forward satu-satu ke Status ikut turutan.
- Tunggu bot reply, pastu forward terus ke Status. Jangan edit dalam WhatsApp.
03 / Panduan Rakaman & Export
Ikut 4 langkah ni supaya video awak kekal HD bila sampai ke Status.
- Rakam — 4K / 60fps. Rakam guna kamera biasa — bukan dalam app TikTok, Instagram, kamera direct WhatsApp, dan lain-lain. Setting kamera: 4K, 60fps.
- Edit — CapCut / VN / Edits. Edit dalam CapCut, VN, atau Edits by Instagram. Saya suggest VN & Edits by Instagram sebab free. Letak lagu, colour grading, dan potong video — semua buat kat sini. Jangan tambah lagu dalam WhatsApp — WhatsApp akan re-encode video dan kualiti akan jatuh.
- Export — 1080p / 60fps / 10–15 Mbps. Export video sebagai 1080p, 60fps, bitrate 10–15 Mbps. Pastikan file bawah 150MB.
- Hantar ke Bot. Hantar video ke bot WhatsApp sebagai Document (bukan Photos). Bot akan repack tanpa re-encode — kualiti 100% kekal.
Nota HDR: Video HDR yang dirakam dari iPhone, cuma user iPhone dan sesetengah Android je boleh tengok dengan betul. WhatsApp Status tak support HDR — jadi kalau awak rakam HDR, ramai penonton Android tak dapat tengok video awak dengan elok. Lebih selamat: OFF kan HDR dalam Camera Settings (Settings / Camera / Record Video / OFF HDR), atau export video sebagai SDR dalam CapCut/VN/Edits. Jangan ON HDR masa export kalau video asal bukan HDR.
iPhone vs Android
iPhone: HDR okay, tapi SDR lagi selamat. 1080p 60fps smooth.
Android: JANGAN guna HDR — export SDR. 1080p 60fps lebih stabil untuk sesetengah telefon.
Dua-dua: Spec paling selamat — 1080p, SDR, 60fps, file <150MB.
CERITA PENGGUNA.
Baca pengalaman yang diluluskan dan kongsi ulasan awak.
Belum ada ulasan. Jadilah orang pertama yang berkongsi pengalaman.
KONGSI PENGALAMAN AWAK
Ulasan disemak dahulu sebelum dipaparkan.
SOALAN LAZIM.
Jawapan penting sebelum awak mula menggunakan servis.
Video saya diupload ke server ke?
Tidak. Semua proses berlaku dalam browser peranti awak. Fail tidak pernah meninggalkan telefon/komputer awak.
Adakah servis ini memerlukan bayaran bulanan?
Tidak. SharedowEncode adalah percuma sepenuhnya tanpa sebarang bayaran bulanan atau had percubaan.
Kenapa video saya masih nampak pecah?
Kualiti output bergantung pada kualiti input. Kalau video asal dah pecah / bitrate rendah, hasilnya terhad. Guna video asal yang paling berkualiti. Juga pastikan ikut panduan upload — jangan edit dalam TikTok dan jangan tukar tetapan privasi selepas post.
Saiz fail maksimum?
Maksimum 300MB untuk tool website dalam pelayar; 150MB untuk bot WhatsApp.
Format apa disokong?
MP4 disokong penuh. MOV dicuba sebaik mungkin, tapi fungsi patch dioptimumkan untuk MP4.
Gambar HEIC dari iPhone boleh ke?
Boleh — hantar gambar HEIC sebagai file kat bot, bot convert ke JPG HD dulu. JPG, PNG dan WebP pun boleh.
Video panjang lebih 90 saat macam mana?
Bot akan auto-split video lebih 90 saat jadi bahagian 90 saat. Forward setiap bahagian ke Status ikut turutan.
Kenapa bot tanya saya guna Android ke iPhone?
Bot tanya sekali je, first time awak guna bot. Bot ingat jawapan awak supaya video diproses ikut phone awak — Android dan iPhone diproses cara berbeza untuk hasil terbaik.
Video HDR saya akan jadi apa?
Bot akan kekalkan HDR video awak apa adanya — tiada convert. Untuk penonton Android, lebih selamat rakam SDR atau export sebagai SDR.